1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan
komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.
Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan
komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap
penglihatan dan kesihatan mata. Pemeriksaan ini penting untuk mencegah sindrom
yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’.
2. Gunakan Pencahayaan yang
Bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan
komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar
(matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan
sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya
lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya.
Gunakan lampu pejabat atau bilik yang
mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit
sahaja. Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak
cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.
3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari
sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding,
skrin komputer dan sebagainya. Elakkan penggunaan dinding bilik yang
berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter
cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan
kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan
kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.
4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan
menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan
menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari
75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa
penggunaan komputer.
Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD
seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai
‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan
kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih
selesa.
5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras
Tulisan dan Latar Belakang Komputer
Saiz font perlulah bersesuaian dengan
tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan
perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata.
Sebagai contoh tulisan hitam perlulah
dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dengan
latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.
6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
Setiap 20 minit penggunaan komputer,
berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan (seperti mata orang
nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan
kemudian teruskan kerja kembali. Mengikut kajian, individu yang menggunakan
komputer, akan kurang berkelip.
Kekurangan kelipan mata akan
menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak
mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’. Pengguna komputer
perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila
terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila
berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.
7. Rehatkan Pandangan
Setelah otot-otot penglihatan
memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba
memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan
stress pada bebola mata anda.
LATIHAN/SENAMAN: Satu lagi latihan yang dapat
dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian
kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali.
Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan
komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna komputer akan
kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.
8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Pengguna komputer yg berehat hanya 5
minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding
darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari.
Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah
lebih penting dari masa rehat yangg lama. Apabila rehat, lakukanlah
‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang
terlibat.
9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih
ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’
bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan
keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh
pada skrin komputer atau mata anda.
Ubah suai kerusi anda sama level
dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari
satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer
seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan
monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita
menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.
Pengguna komputer yang berpanjangan
(walaupun yang tidak rabun) elok memakai cermin mata khas untuk memberikan
keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat. Dapatkan info dari Optometrist
yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di
pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.
Jangan terkeliru dengan kanta yang
kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya
memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer
tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK
keseluruhannya.