Thursday, December 22, 2011

CARA HILANGKAN RASA MENGANTUK DI TEMPAT BEKERJA/BELAJAR




Aduh. Ngantuknyer buat keje ketika ni. Nak tidur pun takut kantoi pula, Susah nanti aku...Huhuh



Mesti kamu pernah rasa mengantuk di pejabat atau dalam kelas kan? Begitu juga saya. Lagi-lagi kalau malam sebelum tu ada match bola atau kerja banyak, assignment banyak dan tidur tak cukup? Tiada orang mahu tertidur di tempat kerja atau belajar dan kantoi dengan bos atau cikgu. Nanti menyusahkan kamu pula kan? Hah..Ni mau kongsi sikit cara mahu hilangkan rasa mengantuk.

1)     Hampiri kawasan bercahaya 

Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.

2)     Basuh muka

Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
                                             
3)   Wangian aromaterapi       
                                                                                                                                    
Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.

3)     Dengar muzik/radio

Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.

4)     Senaman ringan 

Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan
tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.

                                    

No comments:

Post a Comment