Friday, December 23, 2011

10 PETUA PENJAGAAN MATA BAGI PENGGUNA KOMPUTER

Penggunaan komputer tidak dapat dielakkan, samada di rumah atau pejabat. Semua kerja memerlukan komputer, lebih-lebih lagi kepada kaki pelayar internet di mana sebahagian besar masa di habiskan di depan skrin komputer/laptop. Mata yang sentiasa memandang skrin komputer berjam-jam sudah tentu berasa letih.


1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan komputer perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap penglihatan dan kesihatan mata. Pemeriksaan ini penting untuk mencegah sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry eye’.


Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH),  pemeriksaan mata bagi pekerja industri yang menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap penggunaan komputer dalam satu-satu masa.

2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian

Keletihan pada mata akibat penggunaan komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya, pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat kebiasaannya.

Gunakan lampu pejabat atau bilik yang mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg sedikit sahaja. Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan untuk keselesaan.

3. Kurangkan Silau

Keletihan mata akibat silau dari sumber cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding, skrin komputer dan sebagainya.  Elakkan penggunaan dinding bilik yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada filter cahaya.

Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.

4. ‘Upgrade’ Monitor

Monitor jenis lama (CRT) akan menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK. ‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari 75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer.




Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz besar untuk lebih selesa.

5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer

Saiz font perlulah bersesuaian dengan tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada mata.

Sebagai contoh tulisan hitam perlulah dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan dengan latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.

6. Kelipkan Mata Dengan Kerap

Setiap 20 minit penggunaan komputer, berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan (seperti mata orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10 kali dan kemudian teruskan kerja kembali. Mengikut kajian, individu yang menggunakan komputer, akan kurang berkelip.

Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’. Pengguna komputer perlulah menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.

7. Rehatkan Pandangan

Setelah otot-otot penglihatan memfokus lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan kesan stress pada bebola mata anda.

LATIHAN/SENAMAN: Satu lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15 saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika otot-otot fokus kejang, pengguna komputer akan kabur melihat objek-objek jauh selepas penggunaan komputer.

8. Luangkan Masa Untuk Berehat

Pengguna komputer yg berehat hanya 5 minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2 kali sepanjang hari.
Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah lebih penting dari masa rehat yangg lama. Apabila rehat, lakukanlah ‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot yang terlibat.

9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda

Jika anda perlu melihat bersilih ganti antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’ bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan suluh pada skrin komputer atau mata anda.
Ubah suai kerusi anda sama level dengan skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita. Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.

10. Pakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer

Pengguna komputer yang berpanjangan (walaupun yang tidak rabun) elok memakai cermin mata khas untuk memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat. Dapatkan info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor Anti-Fatigue.

Jangan terkeliru dengan kanta yang kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan stress pada mata dan SPK keseluruhannya.

PUBLIC TOILETS NOW ARE UNSAFE?



Who would have thought public toilets has become unsafe for users, especially women. Why? Because developed countries have shown a high technology development and result in the smallest cameras have also been created. The use of CCTV is also very widely used today.  But there are some people who take advantage and misuse of CCTV's.

Be careful to women, when you stay in hotels, chalets, hostels or places of transit / stay outside, take a little time and make sure no cameras or recorders around any bathroom or bedroom. Because of this possibility to occur, the cameras are now a smaller and more sophisticated; it is easy to hide in any room. Remember your dignity as a woman must be protected from things like this. 

Many of us still do not realize about this. Below are some pictures that were taken as evidence to show the community that to be more careful when uses public toilets or toilets in hotels or everywhere they go. 


Hidden camera's in bathroom



Hah. Nampak tak gambar di atas tu? Saya dapat ni gambar dari internet. Tidak tahu siapa orang tersebut tetapi perkara ini akan menjadi peringatan untuk semua yang menggunakan tandas. Dalam gambar ini, perempuan tersebut tidak menyedari bahawa dia telah dirakam sewaktu berada di dalam tandas. Kewujudan kamera kecil tidak disedarinya masa itu. Mengapa? Sebab ianya disorokkan di dalam sebuah kotak kecil di bawah mangkuk tandas tersebut.

Bah.untuk mengelakkan dari kejadian ini berlaku pada diri anda, maka perkara utama yang harus dipastikan sebelum menggunakan tandas tersebut ialah memastikan tiada sampah sarap berupa plastik atau kotak seperti kotak rokok, kotak tisu di bawah mangkuk tandas di letakkan . Kotak-kotak seperti ini diletakkan secara sengaja di bawah mangkuk tandas tersebut untuk menyorokkan kamera kecil yang canggih tersebut kerana mengganggap bahawa pengguna tandas awam tidak mempedulikan sampah tersebut.. Berhati-hatilah sebelum terkena.

Thursday, December 22, 2011

CARA HILANGKAN RASA MENGANTUK DI TEMPAT BEKERJA/BELAJAR




Aduh. Ngantuknyer buat keje ketika ni. Nak tidur pun takut kantoi pula, Susah nanti aku...Huhuh



Mesti kamu pernah rasa mengantuk di pejabat atau dalam kelas kan? Begitu juga saya. Lagi-lagi kalau malam sebelum tu ada match bola atau kerja banyak, assignment banyak dan tidur tak cukup? Tiada orang mahu tertidur di tempat kerja atau belajar dan kantoi dengan bos atau cikgu. Nanti menyusahkan kamu pula kan? Hah..Ni mau kongsi sikit cara mahu hilangkan rasa mengantuk.

1)     Hampiri kawasan bercahaya 

Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.

2)     Basuh muka

Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
                                             
3)   Wangian aromaterapi       
                                                                                                                                    
Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.

3)     Dengar muzik/radio

Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.

4)     Senaman ringan 

Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan
tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.

                                    

Wednesday, December 21, 2011

WANG KERTAS DAN DUIT SYILING MALAYSIA BAHARU PADA 2012



KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012.

Wang kertas itu melibatkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Duit syiling itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Ini kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk duit syiling.

Pelancaran wang kertas itu juga dilihat sebagai lanjutan kepada pengenalan wang kertas baharu dalam denominasi RM50 yang kini berada dalam edaran. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan RM5 dihasilkan dengan
penggunaan substrat polimer.

Menurut BNM, wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas.

''Ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

''Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,'' kata kenyataan itu.

Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara.

''Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi,'' jelas bank itu lagi.

Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini.


Tiga jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi RM1 dan RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30 setiap satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.

BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu.

Ia mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu.

9 TIPS UNTUK FIRST DATE ( Untuk LELAKI)




Ni tip untuk lelaki supaya 1st date boleh bertahuan ke 2nd date. Perempuan akan menilai macam mana korang layan. Yup, Mungkin dah berMSG or berFB berbulan-bulan tp manakan sama. Bila menaip, boleh berfikir dan delete sblm post. Kalau cakap? Hah. Lajak perahu la kan…

1. Bayar
- Jangan nak harapkan perempuan bayarkan walaupun perempuan tu offer nak bayar, jgn sesekali terima.
Kalau dia berkeras jugak, bagi. Nilai sendiri tahap kesungguhan dia nak bayar atau acah2 jer.. Selalunya, perempuan acah-acah jer. Nak tengok lelaki macam mana anda ni.

2. Lokasi
- Jangan tengok wayang on 1st date. Macam mana nak kenal hati budi kalau mengabiskan masa dalam panggung yang dah sah-sah tak boleh bercakap tu. Maybe dinner, lunch. Bawak ke restoran yang korang mampu bayar. Jangan sampai tercekik nak bayar dan kot ye nak brjimat jangan sampai makan sosej tepi jalan jer. Lebih baik ke restoran yang ambil order bukan layan diri (kfc,mcd-NO) Pizza Ok. Simple tapi tak mahal. Sederhana. (kalau tak ada duit juga, jgn berangan nak de gf. Haha)

3. Adab Sopan
- Kalau boleh, bukak kan pintu kereta. Jangan menyumpah seranah. Jangan buat-buat call kawan cerita hebat.. Seriusly, annoying.. dan, .Jangan LAMBAT.


4. Hormat
- Maknanya, jgn harapkan apa-apa sebagai balasan! No ringan-ringan. Peluk ke apa ke.. Nak kne sepak? Sila la buat kalau nak..

5. Berkeyakinan
- Yakin dan tolong take charge sepanjang dating. Buat apa-apa keputusan. Tolong jangan asik tanya apa yang perempuan nak. Bila dah nmpak mulut perempuan tu comot, jangan tanya nak tisu ke tak? Ambil dan terus bagi.

6. Grooming
- Pakai pakaian yang bersesuaian. Jangan pakai baju melayu siap sampin n songkok dating malam-malam pada hari RABU! Mandi, syampu, cukur janggut yang bersepah tu. Pakai kasual bukan selekeh.

7. Perbualan
- Jangan fokus pada diri anda je sepanjang dating. Tanya pasangan anda apa-apa mengenainya. Dengar jawapan dia, jangan mencelah. Jangan cerita pasal kerja anda lebih dari 
5 minit dan jangan sesekali cerita pasal ex-gf atau orang lain yang tak ada kena mengena. Puji la pasangan anda tu sikit. jangan melampau2 sampai berpantun puisi pujangga. Anda akan nmpak ”desperate”. dan tolong jgn cerita besar mengenai diri anda atau keluarga anda atau kawan2 anda. BERLAGAK. Semua orang tak suka.

8. Pengurusan Masa
- Jangan sampai dating anda berlarutan terlampau lama. Lagi sikit borak, ada kemungkinan akan dapat 2nd date. Sebab, nak kenal lebih.

9. Hadiah
- It nice to give ur date a small gift on 1st date. Jangan terlampau over. Something simple. Bunga mayb. Earing ke. Tapi jangan la sampai nampak je barang tu dri mula date sampai nak balik baru bg. Tak suprise!

GOOD LUCK!

Tuesday, December 20, 2011



SISTEM PENGANUGERAHAN UNTUK KONVOKESYEN IPG BERMULA TAHUN 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KELAS PERTAMA
3.80 - 4.00

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KELAS KEDUA TINGGI
3.60 - 3.79

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KELAS KEDUA RENDAH
3.00 - 3.59

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KELAS KETIGA
2.00 - 2.59

*IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN TIADA KELAS LANGSUNG
0.00 - 1.59