Monday, January 16, 2012

BAGAIMANA TINGKATKAN KEPERCAYAAN DIRI

ASET paling berharga bagi kebanyakan orang adalah juga aset yang paling kurang dihargai. Aset itu, bila ditangani dengan semestinya, akan mampu memberikan hasil secara dramatik. Aset yang tidak dapat dikenakan harga setinggi apapun. Itulah otak manusia, fikiran dan proses berfikir.

Otak merupakan kawasan penyimpanan yang kapasitinya luarbiasa, menjadi pentinglah untuk berhati-hati di dalam mengisinya. Sebahagian orang mempunyai otak yang penuh dengan pemikiran dan pengalaman negatif. Mereka akan secara terus-menerus “menanamkan input” – saya tidak mampu – dengan setompok alasan mengapa mereka tidak mampu. Sehingga ketika dihadapkan pada sebuah kesempatan atau cabaran baru, otak mereka, ketika ditanya, mengirimkan jawapan : Tidak, kamu tidak mampu, atau tanggapan lain seperti itu.

Lima langkah yang diperlukan untuk membangun kepercayaan diri dan yang pada gilirannya membangun rasa percaya diri bagi motivasi diri dari dalam.

1. Hindari Mencari-Cari Alasan

Begitu ramai orang mengurungkan niat mereka dengan mengajukan alasan yang tidak masuk akal dan samasekali salah. Seperti :
- Saya tidak boleh
- Saya tidak mampu sebab…
- Pendidikan saya belum memadai
- Saya sudah terlalu tua
- Saya masih terlalu muda, dll

Siapapun dapat mencari alasan bagi hampir segalanya, maka dalam membangun kepercayaan diri, jangan sekali-kali membuat alasan. Perkara ini mungkin sangat menyenangkan dan mententeramkan hati, tetapi alasan-alasan hanya akan menghambat seseoarang dari pencapaian sasaran. Ingatlah bahawa otak anda adalah kawasan penyimpanan — apa yang anda masukkan pada gilirannya akan keluar lagi, jadi gantilah penyisipan hal-hal negatif dengan hal-hal positif.

2. Gunakan Daya Imajinasi

Otak dengan kapasitinya yang tidak terbatas dapat membantu anda dengan tanpa batasan mencapai cita-cita hidup jika anda memberinya kesempatan. Biarkan dia menggambarkan diri anda sebagai peribadi yang anda inginkan. Dengan jelas menggambarkan apapun wujud yang anda inginkan. Semakin anda memikirkan itu semua semakin besar kepastian  akan suatu hasil yang positif. Jika anda terus menerus membiarkan fikiran anda dipenuhi dengan bermacam-macam pemikiran mengenai penyakit dan kesihatan yang buruk, anda hampir pasti akan mengalami penyakit yang anda pikirkan. JIka anda terus menerus memikirkan hasil negatif tentang pergaulan atau karier bisnis, pemikiran itu pada gilirannya akan mengakar dalam diri anda.

Maka dalam proses membangun kepercayaan diri dengan menggunakan proses kesan daya imajinasi otak, pentinglah untuk menjadi yakin bahawa apa yang sedang anda fikirkan dan lihat dengan jelas adalah perkara yang positif. Perkara yang positif itu harus memungkinkan kesan positif pada diri anda dan peningkatannya, serta pemikiran positif itu harus mengarah ke sasaran anda, cita-cita dan kebahagiaan dalam hidup.



3. Jangan Takut Gagal

Kegagalan telah mengahalangi begitu ramai orang sehingga mereka mundur sebelum mencuba, berbuat atau meraih keberhasilan sebab mereka tidak mampu menerima terminologi dimana ada kemungkinan untuk gagal. Sebahagian orang benar-benar tidak pernah mencuba sesuatupun sebab rasa takut gagal ini telah menguasai otak mereka selama bertahun-tahun. Setiap hari mereka memikirkan kegagalan ini sehingga mereka tidak pernah sungguh-sungguh melakukan sesuatu dan pada akhirnya mereka tidak percaya diri dan penuh keraguan.

4. Penampilan Membentuk Kepercayaan Diri

Penampilan luar memang bukan segalanya. Kadang-kadang perlu untuk membelanjakan wang demi penampilan luar yang menarik, kerana dengan penampilan luar yang menarik memberi kesempatan yang ada dalam diri anda untuk merasa baik. Tetapi haruslah tetap bersikap realistik. Sebahagian orang bersikap berlebihan dalam penampilan mereka dan pada akhirnya semua itu hanya demi kepuasan ego mereka.

5. Susunlah Catitan Mengenai Sukses Yang Diperoleh

Setiap orang pernah mencapai kejayaan dalam hidupnya. Cara mengumpulkan catitan kejayaan masa lalu sangat sederhana. Fikirkan balik kejayaan anda yang paling awal yang mungkin terjadi pada masa sekolah ketika memenangi lumba lari sambil meletakkan “Bean Bag” atas kepala atau berlari dengan memakai guni “Sack Race”. Mungkin juga berawal dari ucapan tahniah ketika memenangi pertandingan lukisan. Ini  dapat dilakukan secara lisan pada suatu audio kaset atau buku catitan. Anda boleh melihat kembali catitan dan memperbaharui aset paling berharga anda dengan kenangan akan kejayaan tersebut.

Motivasi hanya dapat mengabadikan diri berdasarkan harapan. Untuk memotivasi diri, seseorang harus memiliki harapan tentang sebuah masa depan. Oleh kerana itu dalam memotivasi diri seseorang bertanggungjawab untuk menciptakan sendiri harapannya.

Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Percaya Diri adalah sifat penting yang Anda butuhkan untuk memperoleh kesuksesan di dalam kehidupan anda. Untuk satu hal ini, Anda harus memiliki kepercayaan diri terlebih dahulu untuk memperoleh rasa percaya diri dan menghargai orang lain. Kepercayaan diri tampaknya seperti jauh dan sulit untuk mencapai tujuan, namun dapat benar-benar dicapai dengan beberapa langkah kecil.
Bagaimana cara meningkatkan rasa percaya diri? Bagaimana cara menghilangkan sifat rendah diri terutama pada remaja. Meningkatkan rasa percaya diri adalah cara paling ampuh untuk menghilangkan sifat rendah diri. Ketika kita sudah mampu memperoleh kepercayaan diri, maka dengan sendirinya, sifat rendah diri itu akan hilang. Ingat, rendah diri berbeda dengan rendah hati. Rendah diri adalah sifat buruk yang terjadi sebab seseorang tidak memiliki rasa percaya diri yang bagus. Sedangkan rendah hati adalah sifat baik di mana seseorang bisa lebih menghargai dirinya dan orang lain di sekitarnya. ada beberapa tips yang bisa dijalani untuk meningkatkan kepercayaan diri.

1. Berkonsentrasi pada kekuatan bukan pada kelemahan.

Keyakinan berasal dari dalam. Anda harus berkonsentrasi pada hal-hal positif tentang diri anda. Menulis sepuluh hal positif tentang diri anda.

Memusatkan perhatian pada potensi. Ini adalah alasan Anda harus mencintai diri sendiri dan memiliki kepercayaan diri sendiri. Memberikan penghargaan sendiri untuk setiap hal positif yang Anda tulis tentang diri anda. Ingat, Anda seseorang spesial.

2. Mencoba hal baru

Pengalaman baru dapat memberikan keyakinan dengan membantu Anda tumbuh sebagai orang. Anda tidak perlu mengambil skydiving atau apapun drastis seperti itu. Memulai hobi baru atau mengambil kelas yang lebih besar untuk membantu Anda mengembangkan keterampilan abadi anyway.

Pendekatan pengalaman baru sebagai kesempatan untuk belajar, bukan kesempatan untuk menang atau kalah. Melakukan hal tersebut akan membawa Anda peluang baru dan dapat meningkatkan rasa penerimaan diri.

3. Menggunakan citra positif

Jalan untuk diri sendiri terutama adalah sebuah latihan mental. Visualisasi sendiri sebagai orang yang percaya diri adalah salah satu cara untuk membuat yakin mentalitas. Citra Positif adalah cara lain untuk membangun kepercayaan diri. Dan jangan memberikan ruang untuk berkembangnya pikiran negatif.

4. Meningkatkan skill percakapan

Meningkatkan kemampuan bicara dapat membantu Anda merasa lebih nyaman dan percaya diri dalam situasi sosial yang lebih besar akan mengakibatkan keyakinan secara keseluruhan. Jika Anda memelihara kontak mata dan menjadi pendengar yang baik, Anda juga akan mengeluarkan aura yang lebih percaya diri.

5. Jadilah diri sendiri

Dasar memiliki sikap positif terhadap diri sendiri adalah kunci untuk mendapatkan kepercayaan diri. Anda harus percaya dengan diri anda, dari kepribadian Anda, agar dapat benar-benar yakin bahwa anda bisa dan mampu.





Memang kita suka tidak percaya diri dengan kemampuan diri kita sendiri atau dengan fisik kita sendiri. Tapi sebelum tidak pd, lihatlah orang-orang yang memiliki cacat tubuh tapi dapat menjalankan aktifitasnya sehari-hari dengan penuh semangat dan percaya diri. Saya yang tidak memiliki cacat tubuh, suka malu sendiri jika membandingkan saya dengan mereka.

 PETUA UNTUK SENTIASA BERSEMANGAT TINGGI

1. Anda perlukan disiplin diri yang kuat.
2. Terus bangkitkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu.
3. Berada di sekitar atau dalam lingkungan golongan orang yang akan membuatkan kita bersemangat untuk maju.
4. Jangan berhenti berimaginasi untuk kejayaan.
5. Hindari pernyataan diri yang akan menurunkan semangat kita, seperti “aku sudah terlambat untuk memulakannya”, “aku terlampau muda”, “aku terlampau tua”, “aku tidak berbakat”, “aku tidak secerdas mereka”, “pendidikanku tidak sehebat mereka”, “aku tidak kaya seperti mereka”, dan sebagainya.
6. Terus tanamkan ion-ion positif di dalam fikiran kita. Jaga fikiran supaya sentiasa berfikiran positif.
7. Jangan biarkan ion negatif masuk dalam fikiran kita. Buangkan jauh-jauh fikiran negatif.
8. Bergembiralah kalau ada orang yang berjaya, kemudian berdoalah agar kita boleh kejayaan seperti mereka.
9. Segera lakukan tindakan terhadap apa yang kita inginkan. Perjalanan ribuan kilometer hanya akan bermula daripada langkah pertama, yang kemudiannya akan disusuli dengan langkah-langkah berikutnya.
10. Selalulah membaca buku motivasi yang boleh membangkitkan semangat kita.
11. Pilih tayangan TV, mendengar radio atau lain-lain yang memberikan semangat.
12. Bila kita sedar bahawa kita sedang tidak bersemangat, atau semangat yang makin menurun, maka segeralah bangkit, dan kobarkan kembali semangat kita.

PELAJAR UGUT PM (NAJIB)

PULAU PINANG 16 Jan. - Polis sedang menyiasat sama ada pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang ditahan semalam kerana mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya mempunyai hubungan dengan mana-mana kumpulan subversif.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya akan menyiasat daripada segenap sudut bagi memastikan anasir yang boleh mencetuskan kekacauan di negara ini tidak terlibat.

Menurutnya, meskipun pelajar tersebut mengakui perbuatannya hanya sebagai gurauan, ia tetap dianggap serius kerana berbaur ancaman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kita menjalankan siasatan awal dan pelajar itu mengaku mengeluarkan kenyataan sedemikian atas kehendak sendiri.

"Malah, pelajar itu turut mendakwa bahawa kenyataan yang dikeluarkannya sekadar gurauan dan tiada maksud lain," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Polis semalam menahan seorang pelajar jurusan kejuruteraan dari USM Kampus Nibong Tebal di sini berikutan kenyataan berbaur ugutan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Pelajar lelaki berusia 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada kira-kira pukul 1.30 petang bagi membantu siasatan.

Dalam status laman sosialnya, pelajar berkenaan menyebut Najib is coming to our campus...lets bomb his helicopter (Najib akan datang ke kampus kita...mari kita letupkan helikopternya.

Kenyataan pelajar itu kemudiannya disiarkan di sebuah blog, http://dhanyaraam.blogspot.com.

Ayub memberitahu, pelajar berkenaan dibebaskan semalam dengan jaminan polis selama sebulan bagi membolehkannya menduduki peperiksaan di kampusnya yang bermula hari ini.

Bagaimanapun, tegas beliau, polis boleh memanggilnya semula pada bila-bila masa jika ada soal siasat yang hendak dijalankan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengancam ketenteraman awam.

"Jangan menyalahgunakan kebebasan bersuara tanpa memikirkan akibat daripada tindakan yang mereka lakukan," ujarnya.

Sunday, January 15, 2012

BUDAK 11 TAHUN PERNAH MASUK SYURGA


Remaja yang hampir meninggal dunia kerana ususnya pecah mengaku ke syurga dan bertemu dengan saudara perempuannya yang sudah meninggal dunia. Padahal, kedua orangtuanya tidak pernah cerita soal anak itu.

Colton Burpo, 11, mengaku ketika berusia empat tahun, mengalami sakit parah sehingga harus menjalani operasi darurat sebanyak dua kali. Dia salah diagnosa menjadi flu ketika keluarganya dari Nebraska, Amerika Syarikat, melakukan perjalanan ke Colorado.

Setelah pulih, dia memberitahu orangtuanya, Todd dan Sonya, bahawa dia baru saja bertemu dengan kakak perempuannya yang belum dia temui. Wajar, sebelum melahirkan Colton, Sonya keguguran janin perempuan. Kerananya, kedua orang tua Colton tidak pernah menceritakan cerita sedih itu.

“Perempuan itu nampak sangat familiar. Dia memberikan saya pelukan dan mengatakan senang bertemu seorang anggota keluarga di sana,” kata Colton yang mengungkapkan pengalaman luar biasa itu di buku terbaru Heaven is for Real.

“Dia mengaku tidak memiliki nama. Dia tidak pernah diberikan nama. Tapi dia tidak sabar bertemu dengan ayah dan ibu di syurga,” kata Colton lagi menceritakan soal saudara perempuannya itu.

Colton juga mengatakan bertemu datuknya Pop, yang meninggal 30 tahun lalu dan tidak pernah dikenal Colton, walaupun melalui. Colton mengaku penglihatannya di syurga tidak berdasarkan pengalaman hidupnya di dunia nyata.

Ketika ditanya bagaimana keadaan di syurga, Colton menjelaskan dengan sangat spesifik. “Wow. Ada banyak warna pelangi. Ini adalah sebuah tempat yang indah dengan banyak benda yang menakjubkan.”

Saturday, January 14, 2012

BUAT TATOO DALAM MATA

Trend terkini menjadikan mata sebagai satu bentuk hiasan dengan menggunakan suntikan tato.. Seperti yang kita ketahui, mata boleh dihias dengan menggunakan contact lens yang pada asalnya membantu orang yang rabun daripada memakai cermin mata.

Gambar Buat Tatoo Dalam Mata? (Seram!)  Jika selama ini yang ramai orang gila telah membuat tatoo di kulit tubuh, dengan ragam corak gambar yang berwarna warni dan menarik sudah cukup membuat mereka ini menjadi bangga, bagaimana pula dengan tatoo pelik ini, iaitu sebuah tatoo yang dilukis dengan jarum di kornea mata anda? Beranikah orang-orang gila tadi mencuba tatoo mata ini?

Tatoo bola mata ini dilakukan dengan menyuntik bahan warna ke lapisan atas mata. Kedengaran bunyi ekstrim yang seram kerana bahagian putih bola mata atau kornea akan menjadi medan yang dilukis.










Walaupun orang yang menyukai tatoo ni kebanyakkan adalah orang gila, disebalik kegilaan itu mereka perlu keberanian besar untuk mencuba tatoo mata ini. Selain berani menahan sakit akibat tusukan jarum di bahagian mata, juga harus bersedia menghadapi risiko kesihatan yang membahayakan mata.

Hanya doktor pakar mata yang boleh melakukan teknik tersebut. Seorang artis tatoo biasa tak akan berani. “Saya bukan doktor. Saya tidak akan melakukannya untuk sesiapa pun. Saya tidak mahu bermain – main dengan hal yang boleh menimbulkan risiko penglihatan,” ujar Al, seorang seniman tatoo, seperti dilaporkan Times of India.

 Sungguh berisiko untuk melakukan proses memasukkan tatoo ke dalam mata. Bermungkinan risiko yang kita tanggung adalah mengalami luka di bahagian kornea mata, dan secara tidak langsung boleh mengakibatkan mata buta. Sudah la bahaya di muka bumi ini, nanti di akhirat lagi teruk balasannya membuat tatoo yang ternyata haram ni.

COBRA BERKEPALA LIMA

Seekor ular jenis cobra ditemui dalam keadaan fizikal yang istimewa. Ular ini mempunyai 5 kepala dan ditemui di India. Seperti yang kita ketahui, ular cobra merupakan ular yang sangat berbisa dan paling berbahaya sekali

Ular Cobra Berkepala Lima Di India (3 Gambar) | Mendengar namanya saja sudah sangat menyeramkan, apatah lagi dengan membaca judul artikel tersebut. Hmmm… Aneh tapi nyata ular cobra berkepala lima di dapati di India, wahh sungguh menakjubkan. Ularcobra terkenal dengan racunnya yang mematikan, menjadi salah satu ular yang paling ditakuti jika bertemu dengan manusia, racunnya mampu membunuh makhluk hidup sepersekian saat selepas kena gigitannya.

Dibawah ini adalah gambar pelik ular cobra yang ditemui di India, orang tempatan percaya bahawa ular cobra adalah wujud penjelmaan dewa mereka, ular ini ditemui di sebuah gua dengan kepala mengembang. Jom!



 
Huh, ular ini sangat berbahaya. Siap berkepala lima lagi. Ular yang ditemui di India. Ternyata ular ini sangat berbisa dan antara ular yang paling digeruni di dunia.

LABAH-LABAH MAKAN BURUNG

        Pernah kah anda terlihat labah-labah yang tersebar dalam hidup anda? sebesar manakah labah-labah tersebut? Biasanya kita sering mendengar bahawa labah-labah hanya dapat memakan serangga yang kecil kan? Tetapi apa pula cerita bagi labah-labah ini? 

        Saya tidak tahu labah-labah jenis apakah ini tetapi labah-labah ini sangat menakutkan, bahkan burung pun dimakannya. Sarangnya sangat kuat untuk memerangkap haiwan-haiwan seperti burung, tupai dan sebagainya. Nah tengoklah sendiri bagaimana labah-labah memerangkap sekor burung dan memakannya.
MENGERIKAN.hehehe...





KENAPA ISLAM HARAMKAN SEKS MELALUI DUBUR?

Haa..Bagi korang yang teringin nak melayari bahtera rumah tangga tu, boleh la ambil informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan seks korang nanti..Bukan apa, mungkin ada antara korang yakni lelaki yang teringin nak cuba-cuba masuk ikut "pintu belakang" ni kan? Mungkin selepas membaca informasi ni nanti, korang akan fikirkan "rancangan" korang tu semula..Apa-apa pun, meh baca dulu cerita kat bawah ni..


Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."


Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.


2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.


3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.


4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.


5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.


6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.


7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.


8. Wajah tidak berseri.


9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.


10. Menimbulkan kebencian.



Sekarang macam mana? Dah tahu sebabnya bukan? Oleh itu, bagi korang (lelaki) yang nak berjimak dengan isteri tu, berjimak lah dengan cara yang mengikut syariat Islam..Usah terpengaruh dengan gaya bintang porno Barat tu sebab Islam dah sediakan kaedah yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya..