Melepaskan pakaian dalam’ bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak,
ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di
tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari.
‘Melepaskan pakaian dalam’ bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju
dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai
pakaian tidur atau pakai kain pelikat/kain batik, tanpa pakaian dalam.
Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran
racun dari tubuh). Tidur juga memberi kesempatan bagi sistem kekebalan
tubuh untuk memproduksi hormon-hormon imunitinya.
Jika tidur dengan mengenakan pakaian dalam, proses pembaikan dan
pengeluaran racun dari tubuh akan
tersekat. Jadi andalah yang rugi.
Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda dianjurkan untuk
menggunakan pakaian yang longgar atau lepaskan pakaian dalam korang
ketika tidur, sehingga dapat mempercepat dan memperlancar kerja tubuh
dalam proses pembaikan dan pengeluaran racun.
Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra saat tidur. Penyelidik
Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah
menulis dalam bukunya ‘Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer
and Bras’, menasihatkan wanita yang ingin menghindari kanser payudara
harus memakai bra dalam waktu sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang
dari 12 jam sehari.
Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam itu, sila hindari dari
memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan
kanser payudara.
“Waktu yang paling tepat untuk merehatkan payudara adalah tanpa
memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra,” kata Sydney Singer,
seperti yang tersiar dalam chetday pada 9/3/2011.
Menurut Sydney Singer, menggunakan bra terlalu lama dapat
meningkatkan suhu jaringan payudara dan wanita yang memakai bra memiliki
kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air
susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini dapat mempengaruhi pembentukan
kanser payudara.
Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra
terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh membatasi aliran
darah ke payudara.
Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar
dalam yang longgar atau jangan pakai seluar dalam langsung ketika tidur.
Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan
suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.
Mengikut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan
dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian
yang digunakan seseorang. Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau
seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat
reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi produksi sperma
yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.
Testis tidak dapat berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk
dari bahagian tubuh lainnya. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah
F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya!
Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk
diwariskan?
Selain itu, tidur tanpa mengenakan pakaian dalam akan melancarkan
sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan mengenakan
pakaian dalam dapat membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu
pengeluaran peluh, terutama di bagian intim baik pada wanita maupun
lelaki.
No comments:
Post a Comment