1.
Set Pinggan Mangkuk / Gelas / Cawan Kopi + Teko
Yang
ini paling ramai orang suka bagi. Satu, murah. Kedua, macam trend kot.
Kami sendiri melambak dapat gelas dan cawan sampai boleh bagi ummi lah
sikit. Hehe... Tapi bagus sebab barang2 ni banyak pun takpe sebab boleh
pakai waktu tetamu datang rumah.
2. Kuali / Periuk
Masak
Biasalah, waktu bujang manalah ada
periuk belanga sangat. Ada pun 1 atau 2 untuk goreng atau masak maggi.
;p Tapi yang ni nak bagi biarlah elok sikit. Jangan jenis yang terlalu
murah pakai 2/3 kali dah berkarat ~demand
giler. heee..
3. Set Cadar Katil /
Toto / Narita
Tidak dinafikan toto terutamanya
amatlah diperlukan. Sebab lepas kawen ni saudara mara memang suka buat
rombongan datang rumah. Katanya nak merasa masakan pengantin lah, sajer
jenjalan lah. Walhal ada tu sebab nak tengok rumah korang dah penuh
belum dgn barang2. lol. Jadinya, toto memanglah penting. Kalau dapat
banyak pun takpe.
4.
Blender / Iron / Toaster
Ketiga-tiganya memang diperlukan. Ramai orang suka
bagi iron dan blender. Toaster ada juga yang bagi. Tapi macam kami tak
guna pun toaster tu. Penuh atas dapur kering nak letak semua benda.
Kekadang mudah goreng kat kuali jek. Erk. Cadangan, dari beli toaster
biasa tu baik bagi sandwich toaster.
5. Dapur Gas
Memang
sangat berguna. Pengantin tak kisah pun kalau dapat benda ni lebih dari
1. Sebab kalau dapat yang murah, kejap je benda tu rosak. Kalau ada
ramai orang bagi pun, at least ada backup. ^_^
6. Frame Gambar
Bersaiz Besar/Sederhana
Pengantin memang
suka kalau dapat tayang gambar sendiri kat rumah. Kalau dapat frame pun
bagus. Tapi yang besar la. Pengantin boleh print je gambar tak payah
dorang kuar duit nak beli frame plak lagi...
7. Jam / Bingkai
Ayat-ayat Quran
Kami ada gak dapat
bingkai ayat-ayat Quran ni. Elok sebenarnya. Boleh gak gantung kat
rumah. Kalau jam plak, boleh je tapi tak galak sangat lah. Kami dapat
jam pun tak tergantung-gantung sampai sekarang.
8. Rice Cooker /
Water Dispenser / Oven
Bagi yang mampu lebih
sikit, 3 home appliances ni amatlah diperlukan. Lagi-lagi water
dispenser tu. Ala, pemanas air minuman tu. Cuma kos dia la lebih
kurang RM100-RM200... Oven RM100-RM300, bergantung pada brand dan
spec. Macam mahal tapi kalau kita buat collection dengan beberapa
orang kawan / teman pejabat, cukup apa...
9. Voucher Pembelian /
Tiket Berbulan madu
Ni memang seronok gak
dapat. Bagi voucher biar pengantin sendiri tentukan barang apa dorang
nak. Baikkkk punyer... Ada juga kengkawan suka bagi tiket berbulan madu
3h2mlm. Ni pun kalau ada wang lebih la. Selalu member rapat suka bagi
sebab takde nak berkira sangat pun walaupun hadiah tu agak lebih sikit
RM nya...
10. Vacuum Cleaner
Pengantin
suka hadiah ni. Jarang orang nak bagi vacuum cleaner kan? Kalau dapat
memang lega sikit lah kerja-kerja rumah tu...
11. Set Sudu Garfu /
Set Pisau
Berguna juga yang ini. Kami dapat 2
set sudu garfu dah. 3 tahun dulu kot, kami pernah bagi hadiah Set Pisau
kat member pejabat mr. husband. Serius, dia sangat seronok sebab katanya
tak pernah ada orang terpikir nak bagi benda ni. Padahal set pisau
adalah diperlukan di dapur. Tapi bagi set lengkap la. Ada pisau kecik -
besar tue... Idea terbaik kami setakat ni la sebab kos dia pun dlm
RM50-RM100 je. Banyak boleh jumpa kat JJ atau Parkson... Oh, alang2 dah
terpikir gitu, mungkin boleh bagi kot hadiah ni kat member kawen sok.
Lama tak bagi orang kawen hadiah cenggini. Erm... tu pun kalau adalah
kat mall malam ni. Shettel !
No comments:
Post a Comment