Saturday, January 14, 2012

BUAT TATOO DALAM MATA

Trend terkini menjadikan mata sebagai satu bentuk hiasan dengan menggunakan suntikan tato.. Seperti yang kita ketahui, mata boleh dihias dengan menggunakan contact lens yang pada asalnya membantu orang yang rabun daripada memakai cermin mata.

Gambar Buat Tatoo Dalam Mata? (Seram!)  Jika selama ini yang ramai orang gila telah membuat tatoo di kulit tubuh, dengan ragam corak gambar yang berwarna warni dan menarik sudah cukup membuat mereka ini menjadi bangga, bagaimana pula dengan tatoo pelik ini, iaitu sebuah tatoo yang dilukis dengan jarum di kornea mata anda? Beranikah orang-orang gila tadi mencuba tatoo mata ini?

Tatoo bola mata ini dilakukan dengan menyuntik bahan warna ke lapisan atas mata. Kedengaran bunyi ekstrim yang seram kerana bahagian putih bola mata atau kornea akan menjadi medan yang dilukis.










Walaupun orang yang menyukai tatoo ni kebanyakkan adalah orang gila, disebalik kegilaan itu mereka perlu keberanian besar untuk mencuba tatoo mata ini. Selain berani menahan sakit akibat tusukan jarum di bahagian mata, juga harus bersedia menghadapi risiko kesihatan yang membahayakan mata.

Hanya doktor pakar mata yang boleh melakukan teknik tersebut. Seorang artis tatoo biasa tak akan berani. “Saya bukan doktor. Saya tidak akan melakukannya untuk sesiapa pun. Saya tidak mahu bermain – main dengan hal yang boleh menimbulkan risiko penglihatan,” ujar Al, seorang seniman tatoo, seperti dilaporkan Times of India.

 Sungguh berisiko untuk melakukan proses memasukkan tatoo ke dalam mata. Bermungkinan risiko yang kita tanggung adalah mengalami luka di bahagian kornea mata, dan secara tidak langsung boleh mengakibatkan mata buta. Sudah la bahaya di muka bumi ini, nanti di akhirat lagi teruk balasannya membuat tatoo yang ternyata haram ni.

No comments:

Post a Comment

.
.
.
e
e
e
i
T
i
a
m
a
r
A